Monday, December 13, 2010

malam after layang2

dah lepas main layang2 balik lah , lepas 2 balik lah umh n blik je umh sis suraya ak ajk g mkn asam pedas kat bukit cina .. asam pedas die mmg tk pedas pulakkn , haha ! seblm g mkn g la blik umh mak kak sue dlu . lepas 2 kite org g tgk wyg dulu , haha . kuar umh ckp ngn abh g pasar mlm je . tw2 coll mak ckp g tgk wyg . baran je .. :D
 mmg  kelakar ! boleh lah lelakar die .. haha ..


Sinopsis Hantu Kak Limah Balik Rumah:- Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah adalah Kesinambungan daripada filem ‘Zombi Kampung Pisang’, filem ini Masih lagi mengekalkan genre komedi seram, filem ini juga bakal menampilkan kejutan demi kejutan.
husin yang telah lama bekerja di Singapura mengambil keputusan balik ke kampung halamannya, Kampung Pisang. Apabila pulang ke rumahnya, Husin hairan melihat perangai pelik jiran sebelah rumahnya, Kak Limah yang langsung tidak bercakap dan rambut yang mengerbang semacam. Dia juga mengalami kejadian menakutkan ketika mahu tidur. Husin bergegas ke warung Pak Munawer, lalu menceritakan kepada orang-orang kampung yang mungkin Kak Limah sudah menjadi hantu. Abi Hurairah juga setuju dengan pendapat Husin kerana beliau juga mengalami peristiwa pelik ketika melihat Kak Limah di kawasan kubur. Pak Jabit yang memang bengang dengan Husin (kerana memutuskan ikatan kasih dengan anak gadisnya, Che Nin), menuduh Husin adalah pembawa nasib buruk kepada Kampung Pisang. Sebelum ini keadaan aman damai, sebaik sahaja Husin muncul, keadaan kembali kacau bilau.

Pak Abu mencadangkan agar mereka menyiasat apa yang berlaku sebenarnya. Beramai-ramai mereka ke rumah Kak Limah. Mereka menemui mayat Kak Limah yang hampir reput. Namun, setelah pengebumian jenazah Kak Limah, kampung mereka masih dihantui makhluk misteri di tengah-tengah malam.
Pelbagai bomoh dipanggil untuk menghalau hantu, malangnya tiada satupun bomoh yang berjaya menghalau hantu tersebut. Hantu apakah itu sebenarnya? Siapa yang berjaya menghurai misteri hantu Kak Limah tersebut? Temui jawapannya dalam ‘Hantu Kak Limah Pulang Ke Rumah’

No comments:

Post a Comment